Thursday, December 12, 2013

:: Suhaila Soffyan, My Best Girlfriend..::

Assalamualaikum Wr Wb

.....Pejam celik pejam celik golek kiri kanan da bulan 12.. terasa cepat sangat masa berlalu. Dan terasa pulak diri ni makin tua.. bulan depan anak saya da nak masok 5 tahun. Ya Allaah, fikir-fikir balik da nak sedekad saya tinggalkan bangku sekolah dan teman-teman rapat.



Tapi, anehnya, kawan aku sorang ni, macam sama je aku tengok. Tak muda dan tak la tua. Masih slim melim...wlaupun anak da masuk 3 orang. Haaaaaa...... tak padan kecik kan dia! hehehehe! Tapi, aku tgk, wlupn dia kecik, tapi semangat dia besar utk besarkan anak-anak dengan bahagia..nak uruskan rumahtangga sepenuh masa tahun depan dan yang paling penting, dia tak lupakan family dia kat Spore ni dan juga kawan dia yang sorang ni, Aku. Hehehe!


Dulu masa time sekolah, orang ckp aku dan dia adik beradik... Tu dulu.. sekarang lain. Dia tak lain..aku yang lain...hehehe! maklomla, baka family aku semuanya sihat-sihat belaka! (salahkan baka pulak dah! sendiri suka makan tak nak ngaku..hehehe!)


#LOVE #Us, long time ago, if I'm not wrong in 2009.



#LOVE #Please excuse the creepy hand bcos I just cropped the head. Sorry Yana!

Ingat dulu time sekolah, kita sama-sama nakal. Lambat datang sekolah..padahal kitorang dua-dua mufawwadhah (pengawal sekolah)...gaduh ngn bdk lelaki..gaduh ngn minahrep madrasah.. buang kasut orang ni.. hehehehe! banyak sangat kenangan....

#LOVE #Dia memang suka camni..berangan nak kasi ucapan..
tapi yang ni, dia mampu senyum je..hehehe! 

#LOVE # Dengan geng Batu Pahat #Dgn project Sarf
#LOVE # Di sini kami mengabadikan memori #One of the best place to hang out after school
Sekarang ni, dia da duduk jauh dari aku. Sejak dia mengenali orang Malaysia, yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid di sana, dan mendirikan rumahtangga di sana, bersama suami dan anak-anak tercinta.




Selalu jugak kita watsapp..tanya kabar dan sempat buat lawak bodoh dalam watsapp..dan akhirnya aku yang ketawa terkekek-kekek, baca msg badut dia tu.


Her 1st child, Nour Qasrina
Her 2nd precious, El Qayyim
Alhamdulillah, kami da kawan daripada menengah 3..hingga sekarang. Masa tu umur kami 16 tahun.. dan kini kami da berumur 28 tahun. Maknanya da hampir 12 tahun kami berkawan.


#LOVE #12 years of friendship
Masih teringat lagi, sewaktu aku ada masalah dengan suami aku, dan ketika itu aku sedang sarat mengandung, kami berada di EXPO kerana ingin mendengar syarahan UStazah Sharifah Hayati dan beberapa lagi ahli panel. Aku menerima panggilan talifon dan ayah mertua ku suruh aku balik. Aku tak sedap hati. Dan aku meminta izin Suhaila dan keluarganya utk meminta diri dan pulang. Biarpun ketika itu ceramah baru bermula. Suhaila menemani aku ke MRT. Dan di sana, aku mendapat satu lagi panggilan dari suami aku. Mahu terduduk dan terberanak aku mendapat berita tergempar dr si dia. Kawan aku sempat memapah aku utk duduk. 

Dia menjadi saksi kemusnahan rumahtangga aku yang memang da retak menunggu belah. Dan dia menjadi peneman setia aku yang turut mengalirkan airmata di atas peristiwa sedih ku itu.


#LOVE #She is one of my precious #Her smile of strength


Sehingga kini, aku amat menghargai kehadiran dia dalam diri aku. Biarpun kami da tinggal jauh, tapi kami sentiasa dekat di hati. Aku turut menyaksikan kekuatan dia di kala dia rebah dalam perhubungan cinta. Di mana dari perhubungan yang retak itu, dia menggapai sisa-sisa semangat dan membina kebahagiaan yang utuh hingga kini. Alhamdulillah.

Dan kini, kami bahagia dengan anak masing-masing. Baru je tuari aku ajak dia pergi Causeway Point punye water playground. Kebetulan mmg dia da balik Singapore utk spend cuti dgn family dia. It has been a looooooooong time since I dreamt to bring our kids out together. Tapi, asik kecundang sebab dia asik pregnant je . Hehehehehe! So, as an understanding friend, aku pendamkanlah dulu hasrat baik aku tu.. And that day, it came true. Our children are so happy and delighted. Walaupun cuaca Singapore agak menyedihkan, tapi kita sempat makan dulu dan tunggu hujan berhenti.
#LOVE #My Love, My Hero


#LOVE#Our precious heroes..may they become best buddies like us

#LOVE # We are more than just friends # We are a family


Well,my friend...tak lain tak bukan....adik kepada Food Buddy aku, Saleha Soffyan.......Suhaila binte Soffyan. 

Korang nak tahu tak....lamanya aku kawan dgn dia, sampaikan nama nenek dia pon aku tau.. Nama semua ahli keluarga dia pon aku tau. Ok ok..aku start dr bapak dia....

Cik Soffyan bin.....(eh, nama atuk sebelah bapak aku tak tau la plak..hahahaha! Spoil!

k, Mak dia Jamilah binte Baba

Kakak dia, Saleha Soffyan. Ada anak sorang bernama Sofea Solehah binte Md Fitri.

Dia, Suhaila Soffyan. Anak 3 orang, Nour Qasrina, El Qayyim dan El Qori.
Adik dia, Syafawani Soffyan. Masih single and available. Comel orangnya.
Adik bongsu, Syahindah Soffyan. Masih sekolah dan iras omputih...


Mereka sekeluarga memang dikurniakan wajah yang seiras artis. Ada yang muka macam Maya Karin, Fauziah Ghouse, ada muka mcm Zizan n Johan Raja Lawak versi baby.. Tapi yang penting, mereka ni ada keturunan Eurasian. Wow! Orang putih..u know... Nenek dorang ada darah Dutch tak silap.. Nama dia pn kelas nyah... Esmeralda Esther Varella. Wowww!!Kalaulah orang tanya nama nenek aku, kan best kalau aku boleh jawab, nama nenek I, Roxanne Diana. Fuhh! Mcm kelass! Tapi itu angan-angan belaka.. Nama nenek aku.. Rugiah je.  DAN, (back to the story..) nama nenek dorang ditukar kepada Hajjah Esah binte Abdullah, setelah menganut agama Islam. Semoga arwah nenek Esah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.


Actually , banyak lagi boleh cerita pasal Suhaila ni.. rasanya boleh buat drama la pasal kitorang. Belum lagi citer pasal dia kacau aku kat MRT masa dia sekolah Alsagoff dulu. Belum masuk gear lagi pasal matair dia pon syok kat aku....hahahahaha! Kecoh..kecoh...tapi tak yah la citer... biarlah ia tinggal kenangan manis antara aku dan dia.


Selain Suhaila ni, aku ada 2 lagi kawan karib yang aktif masa sekolah. Tapi sekarang, masing-masing menuju arah dan menangani keluarga masing-masing. Aku mendoakan semoga kawan karib yang lagi 2 orang tu, Latifah Latin dan Zainab Ash-Shugra Amir, sentiasa selamat dan sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah S.W.T.


#LOVE # FRIENDSHIP THAT WONT LAST #FAHSURIZA

I Love U All ya Akhawat Fillaah...Lillaahi Ta'ala..



Biar Jauh Di Mata, Tapi Dekat Di Hati, Dan Sentiasa Dalam Doa. (Tak nak tulis panjang-panjang lagi..Takut teremosi..tahu-tahu je..hujan turun dr mata ni.. ='))

Signing Off, 

XOXO

4 comments :

Ummu Joshua said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Joshua said...
This comment has been removed by the author.
Wahidah BME said...

InsyaAllah kekal until Jannah sana. Aamiin :) Suka tengok wajah kalian, sejuk mata memandang. Kakak Saleha Soffyan cantiknya dia. Subhanallah..

Ummu Joshua said...

Salam Wahidah BME, Amiin. Thanks for your doa. Dia mmg cantik.. Wahidah pon cantik...